Johan tak puas hati, ajak bertarung semula

KUALA LUMPUR – Kekalahan kepada Ramadan Ondash tidak mematahkan semangat jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar apabila terus menghulurkan cabaran untuk mengadakan perlawanan ‘rematch’ sejurus tamat pertarungan di Stadium Lumpinee, Bangkok, malam tadi.

Jojo yang tewas menerusi keputusan ‘split decision’ pada aksi ONE Friday Fights 164 & The Inner Circle 24 jelas masih belum berpuas hati dengan keputusan itu apabila menjadi individu pertama mengajak lawannya bertarung sekali lagi.

“Kita perlu bertarung semula,” kata Jojo kepada Ramadan sebaik kedua-duanya selesai pertarungan.

Cabaran itu disambut positif petarung dari Lubnan berkenaan yang tanpa berfikir panjang terus bersetuju.

“Tiada masalah. Kita adakan perlawanan semula,” balas Ramadan.

Jojo kemudian meminta Ramadan berehat terlebih dahulu sebelum mereka kembali bertemu di gelanggang.

“Berehat dahulu. Kita sama-sama berehat dan kemudian kita bertarung semula, insya-Allah,” katanya.

Ramadan turut menjelaskan bahawa aksi menentang Jojo adalah pertarungan keduanya dalam tempoh tiga bulan, sekali gus mengakui dia berdepan jadual yang padat.

“Saya sudah bertarung dua kali dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

Kedua-dua petarung itu kemudian saling memberikan kata-kata semangat sebelum mengakhiri perbualan dengan ucapan “Insya-Allah” dan mengajak antara satu sama lain supaya terus berjuang.

Terdahulu, Jojo terpaksa akur dengan kekalahan kedua berturut-turut tahun ini selepas tewas kepada Ramadan menerusi keputusan split decision dalam pertarungan sengit selama tiga pusingan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *