Tiga Maut Dalam Kemalangan di Gua Musang

GUA MUSANG – Tiga maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah treler yang membawa muatan diesel di Jalan Gua Musang–Kuala Krai, dekat Gua Sejuk, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lagi wanita mengalami cedera parah. 

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.16 pagi sebelum lapan anggota tiba di lokasi kejadian dengan dua jentera pada 7.52 pagi. 

“Peralatan khas digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. Ketiga-tiga penumpang Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang didapati cedera parah, manakala pemandu treler selamat,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Beliau berkata treler terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses selanjutnya dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *