Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seri Paduka Baginda turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pasukan keselamatan yang berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

“Selamat Hari Pahlawan, jasa dan pengorbanan anda semua akan sentiasa terpahat dalam kenangan. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melindungi seluruh warga pasukan keselamatan dalam setiap tugas yang dilaksanakan,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Terdahulu, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda akan menjalani rawatan susulan kerana kesakitan melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul atau musculoskeletal.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Seri Paduka Baginda juga dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberi ruang kepada proses pemulihan.

“Sehubungan itu, Sultan Ibrahim tidak berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya hari ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *