PH Terus Raih Sambutan Menjelang PRN Johor

Oleh NurFarhana Zulkeply

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mendakwa terus menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai menerusi siri ceramah kempen yang diadakan di beberapa lokasi di Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menerusi hantaran di Facebook, PH memaklumkan ceramah yang berlangsung di Batu Pahat, Johor Jaya dan Chaah malam tadi berjaya menarik kehadiran ramai penyokong serta pengundi.

Menurut PH, ceramah di Batu Pahat tetap diteruskan walaupun hujan lebat melanda kawasan tersebut, dengan para hadirin dilaporkan kekal berada di lokasi sehingga program selesai.

Sementara itu, ceramah di Johor Jaya dan Chaah turut disifatkan menerima kehadiran yang memberangsangkan, sekali gus mencerminkan semangat penyokong yang terus bersama gabungan itu sepanjang tempoh berkempen.

PH turut merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menyeru pengundi Johor memberikan mandat kepada gabungan itu pada hari pengundian.

Menjelang penghujung tempoh kempen, parti-parti yang bertanding terus memperhebat gerak kerja di lapangan menerusi ceramah, program ramah mesra dan pertemuan bersama pengundi bagi meraih sokongan pada PRN Johor kali ini.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *