Oleh Siti Khadijah Manudin
BATU PAHAT – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baharu dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata dakwaan yang mengaitkan PRN Johor dengan usaha membebaskan Najib merupakan satu provokasi yang bertujuan menimbulkan kemarahan serta kebencian rakyat terhadap BN.
Menurut Onn Hafiz, keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri dibuat bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat supaya kerajaan negeri mempunyai kedudukan yang lebih kukuh untuk meneruskan agenda pembangunan Johor.
Beliau turut menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan isu berkaitan proses perundangan dan pengampunan diraja kerana perkara itu berada di bawah bidang kuasa serta proses yang telah ditetapkan.
PRN Johor dijadualkan berlangsung pada 11 Julai ini, dengan kempen kini memasuki fasa terakhir menjelang hari pengundian.
Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L