Merdeka Center Ramal BN Kekal Kuasai Johor

Oleh Siti Khadijah Manudin

JOHOR BAHRU – Badan penyelidikan pendapat awam Merdeka Center meramalkan Barisan Nasional (BN) akan terus mengekalkan pentadbiran Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung 11 Julai ini dengan memperoleh antara 40 hingga 42 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengarah Program Merdeka Center, Ibrahim Suffian, berkata unjuran itu dibuat berdasarkan pemerhatian terhadap corak sokongan semasa, khususnya peningkatan semula sokongan pengundi Melayu kepada UMNO.

Beliau bagaimanapun berpandangan kerjasama UMNO dengan PAS mungkin memberi kesan terhadap sokongan pengundi bukan Melayu, terutama dalam kalangan penyokong parti komponen BN seperti MCA.

Dalam masa sama, DAP dijangka muncul sebagai parti pembangkang terbesar di Johor, manakala PKR dan AMANAH masing-masing berpotensi memenangi beberapa kerusi.

PRN Johor kali ini dilihat sebagai ujian penting kepada kekuatan parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *