AMANAH lulus usul desak Akta Pariti Gender, mahu 30 peratus calon wanita dalam politik

KUALA LUMPUR: Konvensyen Nasional AMANAH 2026 hari ini meluluskan usul mendesak penggubalan Akta Pariti Gender dalam perwakilan politik bagi menjamin sekurang-kurangnya 30 peratus pencalonan wanita dalam politik negara.

Usul yang dibentangkan pada konvensyen berlangsung di Shah Alam itu menerima sokongan 225 perwakilan, manakala 164 perwakilan membantah.

Ketua Wanita AMANAH, Datuk Aiman Athirah Sabu, menyifatkan kelulusan usul berkenaan sebagai kemajuan penting dalam usaha memperkukuh keterwakilan wanita dalam demokrasi negara.

Beliau berkata, penyertaan wanita dalam politik tidak boleh lagi bergantung kepada budi bicara semata-mata, peluang yang terbatas atau komitmen sukarela, sebaliknya perlu diperkukuh menerusi kerangka perundangan yang jelas, berkesan serta mempunyai mekanisme pelaksanaan teratur.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Jumlah minimum 30 peratus pencalonan wanita bukanlah satu keistimewaan tetapi langkah afirmatif bagi memastikan wanita mempunyai ruang yang adil untuk menyumbang, memimpin dan menentukan masa depan negara.

“Terima kasih kepada seluruh perwakilan yang mengangkat dan menyokong usul ini.

“Semoga kelulusan ini menjadi titik tolak kepada tindakan yang lebih konkrit, bukan sekadar resolusi di atas kertas,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Aiman Athirah berkata, kelulusan usul itu juga adalah mandat politik daripada AMANAH supaya Kerajaan MADANI bergerak daripada komitmen kepada tindakan, aspirasi kepada perundangan serta penyertaan kepada perwakilan yang bermakna.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“AMANAH percaya, demokrasi tidak akan benar-benar lengkap selagi separuh daripada potensi kepemimpinan negara tidak diberikan ruang sewajarnya,” katanya.

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *