Aduan Terhadap Wartawan Perlu Dirujuk MMM, Bukan Terus Disiasat – Anwar

Oleh Fatin Sajidah Fathuldin

KUALA LUMPUR – Sebarang aduan terhadap wartawan daripada organisasi media yang diiktiraf tidak lagi akan membawa kepada tindakan automatik, sebaliknya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mekanisme itu diwujudkan bagi memastikan sebarang tindakan terhadap pengamal media dilaksanakan secara adil, telus dan bebas, selain mengelakkan wartawan dikenakan siasatan atau pendakwaan tanpa penelitian sewajarnya.

β€œKalau ada keterlanjuran oleh media, perkara itu perlu dirujuk kepada Majlis Media Malaysia terlebih dahulu dan tidak lagi secara automatik didakwa atau disiasat kerana proses sekarang mesti melalui MMM sebelum apa-apa tindakan diambil,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

πŸ“ž Heda: +6014-808 8897 | πŸ’¬ Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, kewujudan MMM berperanan sebagai badan semakan awal terhadap sebarang aduan melibatkan organisasi media sebelum tindakan lanjut dipertimbangkan oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, kebebasan media tetap tertakluk kepada undang-undang dan tidak bersifat mutlak, namun wartawan juga tidak seharusnya dikenakan tindakan hanya berdasarkan aduan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.

β€œTidak ada undang-undang di dunia yang memberikan kebebasan mutlak kepada media untuk menyatakan apa sahaja.

β€œPerdana Menteri dan pengamal media masing-masing tetap terikat dengan undang-undang, tetapi wartawan tidak sepatutnya diheret dengan mudah ke dalam siasatan hanya kerana terdapat aduan,” katanya.

πŸ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | πŸ’¬ WhatsApp Tempahan
πŸ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Fatin Sajidah Fathuldin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di Nasional Daily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *