SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, mendapatkan rawatan di hospital swasta, di sini, akibat demam.
Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fasha Musthafa, ketika dihubungi mengesahkan keadaan Ismail.
“Alhamdulillah, keadaannya dilaporkan semakin pulih. Terima kasih atas keprihatinan semua.
“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik,” katanya.
Difahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh itu dimasukkan ke hospital malam tadi.
Jumaat lalu, Ismail memaklumkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memperkenankan untuk beliau meneruskan tugas sebagai MB Negeri Sembilan.
Beliau juga menegaskan bahawa tidak pernah mengemukakan atau memberikan persetujuan berhubung surat peletakan jawatannya yang diserahkan kepada Tuanku Muhriz.
Perkara itu turut disahkan Istana Negeri Sembilan menerusi kenyataan Pengelola Bijaya Diraja selepas Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban, Jumaat lalu.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Pada 16 November lalu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail.
Bagaimanapun, pihak istana pada keesokan harinya memaklumkan ketulenan surat yang dihantar pada pukul 12.16 tengah malam itu masih belum disahkan.
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
