Pahang Rai Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026

Oleh NurFarhana Zulkeply

JENGKA – Sambutan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 yang berlangsung di Bandar Tun Abdul Razak Jengka hari ini menjadi platform penting dalam memperkukuh agenda pembangunan desa yang lebih inklusif, dinamik dan mampan.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, komuniti desa serta pemain industri luar bandar.

Kerajaan Negeri Pahang menegaskan pembangunan luar bandar pada masa kini tidak lagi hanya tertumpu kepada penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, sebaliknya turut memberi penekanan kepada aspek pendidikan, perkhidmatan kesihatan, peluang ekonomi, keusahawanan serta penciptaan pekerjaan.

Pendekatan tersebut dilihat penting dalam membentuk komuniti desa yang lebih maju, berdaya saing dan sejahtera selaras dengan aspirasi pembangunan negara.

Kerajaan Negeri Pahang turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas komitmen berterusan sebagai rakan strategik dalam memacu pembangunan negeri ini.

Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus diperkukuhkan bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh, khususnya oleh masyarakat luar bandar.

Dalam majlis sama, Kampung Desa Murni Kerdau, Temerloh mencatat kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Anugerah Aspirasi Desa MADANI Peringkat Kebangsaan 2025, manakala Koperasi FELDA Chemomoi Berhad menerima Anugerah Koperasi Terbaik Rancangan FELDA 2026.

Pengiktirafan tersebut diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada komuniti desa di seluruh negara untuk terus mencipta kecemerlangan dan memperkukuh pembangunan luar bandar secara mampan.

Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia 2026 disambut dengan tema “Ke Arah Komuniti Luar Bandar Yang Dinamik, Makmur dan Bahagia”, sejajar dengan usaha berterusan kerajaan memperkasa masyarakat desa dan memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *