Masak bubur asyura wujudkan prasangka baik – Kamaruzaman

Oleh: Ismail Daud

RANTAU PANJANG – Aktiviti berjemaah dalam Program Kacau Suro yang diadakan mewujudkan hubungan silaturahim dan mengurangkan tabiat berprasangka buruk di antara ahli kariah masjid Al-Kahfi Mukim Pintu Cherang di sini.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Kamaruzaman Mohamad ketika hadir menyampaikan peruntukan wang kepada masjid yang mengadakan program mengacau bubur asyura setiap tahun.

Katanya, perselisihan faham dapat dihilangkan apabila kerjasama yang ditampilkan dalam program tersebut mendapat pujian menyeluruh daripada penduduk sekitar.

“Program Kacau Suro seperti ini adalah satu aktiviti fizikal yang memerlukan pengemblengan tenaga dan pengorbanan masa apabila kita mengacau suro secara bersama-sama hampir enam hingga lapan jam.

“Namun, kepenatan tidak terasa sangat kerana kemuafakatan ahli kariah yang ditunjukkan dapat menghilangkan perasaan itu,” katanya.

Kamaruzaman turut menyeru penduduk di mukim itu datang solat lima waktu secara berjemaah demi mengekalkan silaturahim, selain menghilangkan prasangka buruk antara penduduk.

Beliau juga turut mengacau bubur asyura bersama anak mukim dalam program itu dan sebanyak 250 bekas bubur asyura berjaya diagihkan kepada seluruh anak mukim.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *