KUALA LUMPUR – Enam ahli PlusOne berlepas ke Mexico hari ini untuk menikmati percutian eksklusif serta menyaksikan secara langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2026 pada 5 Julai nanti.
Kesemua pemenang itu adalah pemenang bertuah kempen Goal!!! Untung Raya secara eksklusif berada selama lapan hari empat malam di Mexico, selain berpeluang menerokai keindahan negara tersebut.
Pengarah Urusan Senheng, Lim Kim Heng, berkata kempen tersebut mencerminkan komitmen syarikat dalam menghargai kesetiaan pelanggan dengan menawarkan ganjaran yang melangkaui pengalaman membeli-belah harian.
“Melihat enam pelanggan kami memulakan perjalanan sekali seumur hidup ini merupakan satu detik yang amat membanggakan buat Senheng. Ia mencerminkan komitmen Senheng untuk menawarkan lebih daripada sekadar produk dan nilai harian, sebaliknya mencipta ganjaran serta pengalaman yang benar-benar bermakna.
“Melalui kempen seperti Goal!!! Untung Raya, kami akan terus memberikan lebih nilai kepada pelanggan menerusi ganjaran S-Coin, pelbagai manfaat eksklusif dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.
Hadiah utama keseluruhan yang bernilai RM222,000 itu menawarkan pengalaman yang sukar diperoleh dan menjadi impian ramai peminat bola sepak.
Keenam-enam pemenang dipilih daripada 61,183 penyertaan yang diterima dari seluruhnegara sepanjang tempoh kempen yang berlangsung hampir tiga bulan, iaitu dari 21 Februari hingga 30 April 2026.
Kim Heng menambah, Kempen Goal!!! Untung Raya menawarkan peluang kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM1,000 dalam satu resit di mana-mana cawangan Senheng atau senQ, melalui Aplikasi Senheng mahupun kedai dalam talian untuk merebut hadiah utama tersebut.
Sepanjang kempen berlangsung, pelanggan turut menikmati sehingga 70 peratus S-Coin Cashback serta kosong peratus faedah sehingga 60 bulan, menjadikan pengalaman membeli-belah musim perayaan lebih berbaloi.
“Dengan lebih daripada empat juta ahli PlusOne di seluruh negara, Senheng terus memperkenalkan pelbagai inovasi melalui ganjaran yang lebih bermakna, pengalaman membeli-belah yang lancar serta kempen yang mampu mengubah setiap pembelian harian menjadi pengalaman luar biasa,” ujarnya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L