Jenazah anggota polis maut nahas van PDRM dibawa pulang ke Tumpat

TAPAH – Jenazah Lans Koperal Muhammad Shahrul Alif Yaacob, 26, anggota polis yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van polis di Lebuhraya Utara-Selatan selamat disolatkan di Surau Al-Ehsaniah, Kompleks Perumahan PDRM Tapah, semalam sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tujoh, Tumpat, Kelantan untuk dikebumikan.

Solat jenazah Allahyarham dihadiri kira-kira 200 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, rakan setugas dan barisan kepimpinan polis sebagai penghormatan terakhir kepada anggota berkenaan.

Turut hadir Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, manakala solat jenazah diimamkan Ketua Cawangan Agama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ahmad Fathullah Rosli.

Allahyarham yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah adalah antara 11 anggota polis yang menaiki van terbabit ketika dalam perjalanan ke Melaka untuk mengambil semula kenderaan yang dipinjamkan bagi kegunaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim turut menziarahi keluarga Allahyarham bagi menyampaikan sumbangan dan bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Alwi berkata, kemalangan pada jam 11.35 pagi itu turut menyebabkan empat anggota polis mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Slim River, manakala enam lagi cedera ringan.

Beliau memberi jaminan PDRM akan memastikan kebajikan keluarga Allahyarham terus diberi perhatian, termasuk membantu mempercepatkan urusan pencen, tuntutan insurans serta pembayaran manfaat di bawah skim insurans koperasi.

Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai ahli keluarga, malah turut meninggalkan kesan kepada rakan setugas yang pernah berkhidmat bersama-sama dengannya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *