Kaki pelajar perempuan tersepit penutup longkang di kampus UMK Jeli

JELI – Seorang pelajar perempuan berdepan detik cemas apabila kakinya tersepit pada penutup longkang di Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli, di sini, hari ini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa memerlukan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan kakinya yang terperangkap.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 11.26 pagi sebelum menggerakkan enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I Izuan Che Ibrahim berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati benar seorang pelajar perempuan tersepit kaki pada penutup longkang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan spreader bagi membuka ruang dan mengeluarkan kaki mangsa yang terperangkap.

Mangsa bagaimanapun hanya mengalami lebam pada bahagian lutut dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Operasi khidmat khas itu ditamatkan selepas mangsa berjaya dikeluarkan dan pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat sebelum kembali ke balai.

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *