Oleh Siti Khadijah Manudin
SEREMBAN – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan dijangka semakin rancak minggu ini apabila parti-parti politik utama memperhebat siri ceramah, program bertemu rakyat dan kempen di lapangan menjelang hari pengundian.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor pada 11 Julai ini, manakala Negeri Sembilan pada 1 Ogos, sekali gus memberi ruang kepada parti bertanding mendekati pengundi sepanjang tempoh berkempen.
Di Negeri Sembilan, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka meneruskan pelbagai aktiviti termasuk ceramah perdana, walkabout, ziarah komuniti dan sesi dialog bersama pengundi di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Antara lokasi yang dijangka menjadi tumpuan ialah Seremban, Nilai, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin, yang menyaksikan pelbagai program kempen dianjurkan setiap hari oleh parti bertanding.
Isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pembangunan infrastruktur, perumahan mampu milik dan tadbir urus kerajaan negeri dijangka terus menjadi fokus utama kempen sepanjang tempoh berkempen.
Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L