SPRM buka 5 bilik gerakan sempena PRN Johor

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuka lima bilik gerakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan kesalahan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang tempoh pilihan raya berkenaan.

SPRM dalam kenyataan berkata, semua bilik gerakan itu akan beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang tempoh pilihan raya, bermula dari hari penamaan calon pada 27 Jun ini sehingga hari pengundian pada 11 Julai 2026.

“Bagi mempermudah urusan, orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pejabat SPRM Johor di Kompleks Pejabat SPRM Johor, Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi menerusi talian pejabat 07-2316000, talian bilik gerakan 07-2316170 atau talian 24 jam di 011-61349460. Selain itu, Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat yang beroperasi di JKR 84, Jalan Ampuan turut boleh dihubungi di talian 07-4321982.

“Turut dibuka ialah bilik gerakan di Pejabat SPRM Cawangan Kluang yang terletak di Tingkat 3, Bangunan Persekutuan Kluang, KM 4 Jalan Batu Pahat melalui talian pejabat 07-7714610 dan talian 24 jam 018-7101040, manakala Pejabat SPRM Cawangan Segamat di No. 325, Jalan Buluh Kasap boleh dihubungi menerusi talian 07-9317982,” katanya.

Menurutnya, bagi kawasan Mersing pula, bilik gerakan akan beroperasi di Pejabat SPRM Cawangan Mersing, Bangunan JKR 290, Jalan Ibrahim yang boleh dihubungi di talian 07-7994400. Di samping talian telefon, orang ramai mempunyai pilihan untuk mengemukakan aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel rasmi bilik gerakan di aduan.prnjohor2026@sprm.gov.my.

Dalam kenyataan yang sama, SPRM memberi jaminan bahawa setiap maklumat yang diterima akan disiasat secara profesional, telus dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“SPRM mengingatkan semua calon serta parti politik yang bertanding agar tidak melakukan perbuatan yang boleh melanggar undang-undang termasuk peraturan pilihan raya, selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *