Unit iCents peroleh kontrak RM6.95 juta pembekalan pusat data di Indonesia

KUALA LUMPUR: VC Engineering Sdn Bhd anka syarikat milik penuh iCents Group Holdings Bhd telah memperoleh kontrak RM6.95 juta untuk membekal dan menghantar produk pusat data bagi sebuah projek di Indonesia.

iCents berkata VC Engineering telah memeterai perjanjian pembekal dengan sebuah syarikat pembinaan yang berpangkalan di Indonesia pada 19 Jun, dengan perjanjian bertarikh 17 Jun.

Kontrak itu bernilai 30.27 bilion rupiah, bersamaan dengan kira-kira RM6.95 juta bagaimanapun dijangka menyumbang secara positif kepada pertumbuhan dan prospek masa depan syarikat dan anak syarikatnya selain berkuatkuasa dari 17 Jun 2026 sehingga projek selesai.

Pengarah Urusan iCents Group Holdings Berhad Ir. Ts. Vincent Ong Mum Fei berkata, kontrak ini mewakili satu lagi peristiwa penting dalam memperkukuhkan kehadiran kami dalam industri pusat data Asia Tenggara yang berkembang pesat.

“Indonesia merupakan salah satu pasaran infrastruktur digital yang paling menjanjikan di rantau ini, dan anugerah ini mencerminkan keupayaan kami yang semakin meningkat dalam menyediakan produk dan penyelesaian khusus untuk kemudahan misi kritikal,” katanya.

Beliau menambah, kontrak itu dijangka tidak akan memberi impak material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, gearing, modal saham atau pegangan saham pemegang saham yang besar bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026.

Melihat ke hadapan, iCents kekal optimistik tentang prospek jangka panjang pasaran infrastruktur digital serantau, yang disokong oleh peningkatan penggunaan AI, pengkomputeran awan dan pelaburan berterusan dalam pusat data hiperskala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *