Kejayaan Izzuddin, Sze Fei banggakan negara, tamatkan penantian 18 tahun Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu lelaki negara Nur Izzuddin Ramsani dan Goh Sze Fei atas kejayaan merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta semalam.

Beliau berkata kejayaan itu menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjulang gelaran juara beregu lelaki Terbuka Indonesia.

“Terima kasih atas semangat juang luar biasa yang menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia, dan membanggakan negara.

“Rakyat Malaysia sentiasa di belakang anda berdua,” katanya menerusi hantaran Facebook semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pasangan ranking kelapan dunia itu muncul juara beregu lelaki selepas menewaskan wakil Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 13-21, 21-18, 21-10. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *