Enam sekeluarga maut dalam kemalangan babitkan lori tanah dan SUV

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pada jam 3.46 petang dan sepasukan bomba digerakkan segera ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori dengan muatan tanah 10 tan dan sebuah SUV jenis Proton X50 yang dinaiki tujuh individu termasuk seorang bayi.

“Enam mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah dan dibawa ke hospital oleh pihak KKM,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Empat daripada mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27, Nora Mhd Husin, 55, Jamaliah Sannusi, 27, dan Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun serta bayi berusia enam bulan (belum dapat dipastikan jantina), turut meninggal dunia.

“Seorang lagi kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, mengalami cedera parah akibat kemalangan itu,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *