Oleh Siti Khadijah Manudin
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh memaklumkan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masih terikat dengan bon RM10 juta susulan perkembangan politik membabitkan kedua-dua pemimpin tersebut.
Menerusi perkongsian di Facebook, Fuziah turut memuat naik pautan laporan media berkaitan isu berkenaan yang kini menjadi perhatian dalam kalangan pemerhati politik dan penyokong parti.
Perkembangan itu hadir ketika spekulasi mengenai hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi terus hangat diperkatakan selepas kedua-duanya mengumumkan peletakan jawatan daripada Kabinet serta kepimpinan parti sebelum ini.
Isu tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuk persoalan mengenai implikasi undang-undang dan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat.
Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L