Oleh Siti Khadijah Manudin
KUALA LUMPUR –Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar mempersoalkan langkah beberapa Ahli Parlimen parti itu yang mengumumkan penyertaan ke dalam parti baharu sebelum proses rasmi pengosongan kerusi dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat.
Beliau berkata, proses yang diambil oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sepatutnya dilakukan dengan mengosongkan kerusi Parlimen terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman menyertai parti lain dibuat.
“Seharusnya, kosongkan kerusi dahulu (maksudnya Speaker terima surat) baru umum masuk parti baru. Ini tak, mereka umum parti baru dahulu, Isnin baru nak inform Speaker,” katanya.
Menurut beliau, ketika pengumuman dibuat, dua individu itu masih berstatus sebagai Ahli Parlimen PKR, sekali gus menimbulkan persoalan berhubung tindakan tersebut.
Terdahulu, perkembangan membabitkan Rafizi dan Nik Nazmi mencetuskan perhatian ramai selepas kedua-dua pemimpin itu mengumumkan peletakan jawatan daripada Kabinet dan kepimpinan parti, sekali gus menghangatkan spekulasi mengenai hala tuju politik mereka selepas ini.
Beliau turut menyifatkan perkara itu sebagai tindakan “lompat parti” dan berpandangan isu berkenaan berkemungkinan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L