Ronaldo kecewa kejuaraan liga Al-Nassr tertangguh

RIYADH – Cristiano Ronaldo jelas kecewa apabila impiannya menjulang gelaran Liga Pro Saudi bersama Al-Nassr buat pertama kali terbantut awal pagi tadi.

Bintang Portugal berusia 41 tahun itu sudah menjaringkan 127 gol dalam 146 penampilan sejak menyertai Al-Nassr selepas meninggalkan Manchester United pada November 2022.

Namun, satu-satunya trofi dimenanginya di Timur Tengah setakat ini hanyalah Piala Juara-Juara Kelab Arab 2023.

Al-Nassr begitu hampir menjulang gelaran liga pertama sejak tahun 2019 apabila mendahului seteru utama Al-Hilal 1-0 hasil jaringan Mohamed Simakan pada babak pertama.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kemenangan itu sepatutnya melebarkan jurang kepada lapan mata dengan Al-Hilal hanya berbaki dua perlawanan.

Ronaldo kemudian dikeluarkan tujuh minit sebelum tamat permainan dan menerima sorakan gemuruh penyokong di Al-Awwal Park.

Namun, malapetaka melanda pada minit kelapan masa kecederaan apabila penjaga gol Al-Nassr, Bento cuba menumbuk bola hasil lontaran jauh lawan, tetapi terlanggar rakan sepasukan, Inigo Martinez, sebelum bola melantun masuk ke gawang sendiri.

Walaupun Abdulelah Al-Amri cuba menyelamatkan keadaan, bola sudah melepasi garisan gol dan jaringan sendiri Bento memastikan perebutan kejuaraan terus terbuka.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Selepas perlawanan, Ronaldo dirakam duduk bersendirian di bangku simpanan dalam keadaan sugul sambil diperhatikan pasangannya, Georgina Rodriguez serta anak-anak mereka di tempat duduk penonton.

Ronaldo akhirnya bangun sambil menggeleng kepala sebelum berjalan masuk ke terowong dengan wajah kecewa.

Walaupun keputusan itu mengecewakan, Al-Nassr masih berada di landasan terbaik untuk menjulang gelaran apabila kekal lima mata di depan Al-Hilal dan memiliki perbezaan jaringan lebih baik.

Jika mereka menewaskan Damac dalam aksi terakhir minggu depan, Al-Nassr akan muncul juara liga buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.

Ronaldo turut menikmati satu lagi musim cemerlang, namun berkemungkinan gagal memenangi anugerah penjaring terbanyak apabila penyerang Al-Ahli, Ivan Toney, dan bintang Al-Qadsiah, Julian Quinones, sudah meledak lebih banyak gol musim ini. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *