Polis tahan dua lelaki disyaki curi emas RM26,000

KUANTAN – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes curi di dalam premis membabitkan kedai emas di Jerantut pada 28 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Arshad Ayob, berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 23 dan 63 tahun itu ditahan di Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Kuala Lumpur, kira-kira jam 4 petang Isnin lalu.

“Pihak polis telah berjaya merampas gelang emas dan cincin pelbagai saiz yang dilaporkan dicuri sebelum ini dianggarkan bernilai RM26,000 mengikut harga pasaran. Turut dirampas sebuah motosikal, telefon bimbit, kad bank dan pakaian bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing juga didapati negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

Pada 1 Mei lalu, media melaporkan polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes melarikan barang kemas bernilai hampir RM26,000 di kedai emas di Jerantut.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek didakwa memasuki premis berkenaan dengan berpura-pura ingin membeli cincin pertunangan sebelum melarikan beberapa barangan kemas yang dipamerkan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *