KEADILAN Lancar Sistem TERAS, Perkukuh Persiapan Hadapi Pilihan Raya

Oleh: Siti Khadijah Manudin

PETALING JAYA – Parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) melangkah setapak lagi dalam memperkukuh persiapan menghadapi pilihan raya apabila melancarkan Sistem Pengurusan Pilihan Raya TERAS dalam satu majlis di Dewan Komuniti Bandar Utama.

Majlis peluncuran itu turut dihadiri Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersama barisan pimpinan utama parti serta petugas pilihan raya dari seluruh negara.

Menurut kenyataan yang dipetik daripada akaun Facebook Amirudin Shari, sistem TERAS diperkenalkan sebagai antara komponen strategik bagi memperkemas pengurusan pilihan raya parti, termasuk aspek pemantauan dan pelaksanaan kempen secara lebih menyeluruh serta bersepadu.

Dalam perkongsian sama, beliau menegaskan, penggunaan teknologi seperti TERAS mampu meningkatkan kecekapan jentera, namun ia bukan satu-satunya sandaran dalam menghadapi pilihan raya.

Sebaliknya, KEADILAN perlu terus memberi penekanan terhadap pendekatan lapangan seperti program turun padang, kempen dari rumah ke rumah, ceramah kelompok serta penyampaian maklumat melalui media sosial.

Katanya lagi, pelancaran sistem berkenaan dilihat sebagai langkah penting ke arah memastikan jentera pilihan raya KEADILAN sentiasa berada dalam keadaan bersedia, lebih tersusun dan cekap dalam menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya akan datang.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *