Penebusan Sukuk Tabung Haji 2026 Perlu Penjelasan Segera

KUALA LUMPUR – Menjelang tarikh kematangan tranche pertama sukuk Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) bernilai RM12.5 bilion pada Mei 2026, kerajaan digesa memberikan penjelasan segera berhubung mekanisme penebusan yang akan dilaksanakan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun proses penstrukturan semula Lembaga Tabung Haji pada 2018 telah berjaya menstabilkan kedudukan kewangan institusi tersebut, ketelusan mengenai kaedah penebusan kini menjadi keutamaan.

Beliau berkata, persoalan utama perlu diperjelaskan ialah sama ada penebusan sukuk tersebut akan dibuat melalui hasil pelupusan aset, pembiayaan semula atau melalui sokongan fiskal kerajaan menerusi Kementerian Kewangan.

Menurutnya, penjelasan mengenai pelan tersebut adalah penting bagi memastikan keyakinan pendeposit terus terpelihara serta mengelakkan sebarang ketidaktentuan menjelang tarikh matang sukuk berkenaan.

Sehubungan itu, beliau yang juga , Ahli Dewan Negara menggesa kerajaan membentangkan pelan penebusan secara terperinci dalam masa terdekat demi menjamin kestabilan institusi Tabung Haji serta melindungi kepentingan rakyat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *