KUALA LUMPUR – Nik Asiah Wan Daud, bonda kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Ampang, di sini hari ini.
Allahyarhamah yang dilahirkan pada 23 April 1936 itu meninggal dunia pada usia 90 tahun.
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan kakitangan USIM Holdings Sdn. Bhd. merakamkan ucapan takziah kepada Dr. Nik Norzrul Thani dan seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah.
Jenazah dijadual dibawa ke Masjid Al-Shariff di Kampung Simpang Tiga, Batu Caves, Selangor, esok 28 Oktober untuk urusan mandi dan solat jenazah.
Solat jenazah akan diadakan di masjid berkenaan sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya untuk dikebumikan.
Urusan pengebumian dijadual berlangsung sebelum waktu Zuhur, dengan van jenazah dari Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya akan membawa jenazah ke tanah perkuburan berkenaan.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, manakala seluruh keluarga diberi kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.
Telegram: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
