Tiga Remaja Ditahan Kes Rogol Pelajar

BALING – Tiga remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang pelajar dalam kejadian yang dilaporkan baru-baru ini.

Remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menjadi mangsa perbuatan seksual oleh suspek pada waktu dan lokasi berasingan.

Polis turut merampas beberapa telefon bimbit bagi membantu siasatan, termasuk berkaitan kemungkinan penularan bahan tidak bermoral.

Kes disiasat di bawah undang-undang berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, manakala semua suspek kini dalam tahanan untuk tindakan lanjut.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar serta perlunya pemantauan lebih ketat terhadap tingkah laku remaja.

Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *