SARAWAK – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah yang beroperasi menggunakan inap desa dalam beberapa serbuan berasingan.
Operasi itu membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM168,000, dipercayai untuk pasaran tempatan.
Siasatan mendapati sindiket terbabit menjadikan inap desa sebagai lokasi penyimpanan sementara sebelum dadah diedarkan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Beberapa individu turut ditahan bagi membantu siasatan, dengan setiap ahli dipercayai memainkan peranan tertentu termasuk penyimpan dan penghantar.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman berat jika sabit kesalahan.
Kejayaan itu dilihat sebagai sebahagian usaha berterusan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah yang semakin licik menggunakan premis sewaan sebagai taktik operasi.
Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L