NEW YORK – Insiden kebocoran bahan kimia mengorbankan dua individu, manakala 19 lagi dirawat di hospital akibat pendedahan kepada bahan berbahaya.
Mangsa dilaporkan mengalami simptom seperti sesak nafas, pening dan kerengsaan saluran pernafasan selepas terdedah kepada bahan tersebut dalam kejadian yang berlaku secara tiba-tiba.
Sebahagian mangsa kini berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan bagi mengelakkan komplikasi lanjut, terutama melibatkan sistem pernafasan.
Pihak berkuasa mengesahkan kawasan insiden telah dikawal dan langkah pembersihan sedang dijalankan bagi mengurangkan risiko pendedahan berterusan.
Siasatan turut dijalankan untuk mengenal pasti jenis bahan kimia terlibat serta punca kebocoran yang menyebabkan kejadian tersebut.
Insiden ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kesihatan akibat pendedahan bahan kimia, khususnya di kawasan industri dan persekitaran tertutup.
Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L