Chegubard dipenjara 4 bulan kerana fitnah

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap aktivis Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard atas kesalahan fitnah jenayah berkaitan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Peguam Rafique Rashid Ali dalam kenyataan berkata, Hakim Norma Ismail memutuskan pembelaan Badrul gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Katanya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas mendengar hujahan mitigasi daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rafique berkata, mahkamah turut menaikkan jumlah jaminan Badrul kepada RM5,000.

Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman mengendalikan pendakwaan.

Badrul, 47, didakwa pada 29 April 2024 atas kesalahan yang dilakukan pada 22 Jan tahun sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau sebelum ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 2025, namun Mahkamah Tinggi pada tahun ini memerintahkannya membela diri.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *