Alumni TSB UKM: Sirih Pulang ke Gagang

BANGI – Buat julung kali Alumni Tindakan Siswa Bersatu (TSB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mengumpul lebih 400 ahlinya pada Majlis Perjumpaan Semula (Reunion) dan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM, di sini.

Lebih menarik, Alumni TSB berjaya mengumpul RM20,000 yang disumbangkan kepada Tabung Pelajar universiti itu.

Sumbangan itu disampaikan Pengerusinya, Dato’ Mohamad Rais Zainuddin kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM, Profesor Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman.

Menurut Mohamad Rais, sumbangan itu diharapkan dapat membantu golongan pelajar universiti itu yang kurang berkemampuan.

“Sumbangan adalah hasil inisiatif alumni TSB UKM yang masih kekal dengan semangat juang mereka meskipun telah berpuluh tahun meninggalkan kampus Bangi,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Alumni TSB yang hadir terdiri daripada generasi 1970-an hingga 2000-an termasuk barisan bekas pemimpin pelajar yang telah bersara atau sedang berkhidmat dengan memegang jawatan penting sektor awam atau swasta di peringkat nasional.

Tindakan Siswa Bersatu (TSB) merupakan platform gerakan pelajar aliran nasionalisme sejak 1970-an yang berjuang untuk kebajikan khususnya mahasiswa Melayu di universiti itu.

Majlis sambutan Aidilfitri itu dianjurkan dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UKM.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *