Oleh: NurFarhana Zulkeply
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Pasir Pelangi, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Muhammad Razman Abu Samah.
Beberapa gambar sesi menghadap itu turut dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi baginda.
Dalam pada itu, Shamsul Azri menzahirkan penghargaan atas peluang menghadap tersebut, selain memaklumkan beliau telah membentangkan perkembangan terkini projek pembangunan Persekutuan di Johor.
Menurutnya, panduan dan perhatian Seri Paduka Baginda amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar serta memberi manfaat kepada rakyat.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L