Lebih 10,000 Akaun Palsu Guna Identiti Diraja Disekat Sejak Awal Tahun

Olahan NurFarhana Zulkeply

KUALA LUMPUR –Setahun selepas tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, kenangan pahit itu masih segar dalam ingatan penduduk yang terjejas.

Insiden yang berlaku pada 2 Syawal tahun lalu bukan sahaja meragut kegembiraan Aidilfitri, malah mengubah landskap Kampung Kuala Sungai Baru dalam sekelip mata susulan letupan kuat yang pada awalnya disangka bom atau nahas pesawat.

Walaupun kesan fizikal semakin pulih, trauma kejadian itu masih menghantui sebahagian penduduk, meskipun mereka kini berusaha meneruskan kehidupan dengan semangat baharu.

Pengasas Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari, Mohd Asri Yunus, berkata beliau bersyukur atas bantuan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perdana Menteri, PETRONAS, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta komuniti setempat.

“Berkat sokongan semua pihak, kami mampu bangkit semula walaupun trauma masih ada,” katanya.

Menurutnya, kemasukan pelajar ke pusat tahfiz itu turut sedikit terjejas susulan kebimbangan ibu bapa terhadap aspek keselamatan.

Bagi pasangan Mohamad Nasir Abd Hamid dan Aliyah Ismail, kejadian itu akan kekal sebagai kenangan pahit selepas rumah mereka musnah sepenuhnya.

Mohamad Nasir bagaimanapun bersyukur apabila kini memiliki rumah baharu yang dibina Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

“Semuanya berjalan lancar dan rumah ini siap dengan cepat serta berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Aliyah mengakui masih sedih mengenangkan kehilangan rumah di tanah pusaka keluarga, namun bantuan yang diterima menjadi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Pada 1 April 2025, kebakaran besar melibatkan paip gas PETRONAS berlaku kira-kira jam 8.10 pagi dengan api menjulang lebih 30 meter dan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius.

Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya, 81 lagi rosak sebahagian dan 57 kediaman terjejas.

Dalam perkembangan sama, Petronas Gas Berhad (PGB) telah menyalurkan lebih RM2.7 juta bantuan tunai dan perubatan, selain memperuntukkan RM25 juta bagi kerja pembaikan rumah melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

PGB turut melaksanakan program sokongan kesihatan mental ‘TENANG’ serta inisiatif kesedaran ‘Awareness and Action’ (AnA) bagi komuniti berhampiran paip gas.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *