Saya hadir beri keterangan di Bukit Aman sebagai saksi – Pensyarah UIA

KUALA LUMPUR – Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Prof. Dr. Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata, kehadirannya ke Bukit Aman 10 Mac lalu adalah sebagai saksi siasatan polis berkaitan laporan sebuah media yang memetik kenyataannya pada 2024.

Beliau berkata, kehadirannya bukan sebagai suspek dalam siasatan polis berhubung pandangannya yang disiarkan dalam laporan South China Morning Post pada 26 Dis 2024 berkaitan peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Pulau Batu Puteh.

“Jadi, saya nak jelaskan… polis panggil saya pun bukan sebab nak siasat quote (petikan) saya tu… tetapi sebagai saksi. Sesi soal siasat berlangsung selama satu jam setengah.

“Memang dari waktu mereka (polis) panggil tu, memang dah saya (rasa) pelik. Saya tanya, sebab apa? (sebab saya dipanggil) dan (mereka jawab) sebagai saksi sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semetara itu, Persatuan Pelajar Sains Politik UIA dalam kenyataan semalam turut mempersoalkan motif Bukit Aman, dengan menegaskan kenyataan Syaza Farhana dibuat dengan niat baik dan mencerminkan kebebasan akademik di Malaysia serta kebebasan universiti daripada campur tangan politik. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *