SHAH ALAM – Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra musnah dalam kejadian kebakaran yang dipercayai perbuatan khianat oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali, awal pagi ini.
Menurut perkongsian pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di platform Threads, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila beberapa lelaki bertopeng didakwa bertindak membakar kenderaan berkenaan.
Beliau mendakwa, kumpulan lelaki terbabit turut bersenjatakan parang dan dipercayai cuba menyerang mangsa sebelum melarikan diri.
“Awal pagi tadi sekitar jam 3 lebih, mereka membakar ketiga-tiga kereta milik Cikgu Chandra. Mujur polis dan bomba tiba dengan cepat untuk memadamkan kebakaran serta mengawal keadaan,” katanya dalam hantaran tersebut pada Selasa.
Difahamkan, kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas rumah Cikgu Chandra di Puchong didakwa diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.
Insiden tersebut juga berlaku tidak lama selepas seorang pendakwah bebas, Zamri Vinoth dilaporkan diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam kenderaannya sebelum ini.
Sementara itu, Firdaus Wong menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat bagi memastikan keselamatan awam terjamin.
“Kita tidak boleh biarkan pelampau seperti ini berleluasa. Ini negara hukum,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L