Dua Murid Cedera Dalam Kemalangan Kereta, Motosikal

SEPANG – Dua murid lelaki cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang di Sungai Pelek, pagi Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.03 pagi.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 16 kilometer dari balai.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora dan sebuah motosikal Yamaha Sport.

“Dua murid sekolah terlibat dalam kejadian ini iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tidak sedarkan diri, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mengalami patah kaki serta kecederaan di bahagian muka. Kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Manakala seorang lagi mangsa yang mengalami patah kaki dibawa ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Kes kemalangan tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *