UIAM Belum Mulakan Kajian Kebolehlaksanaan Pilihan Raya Datuk Bandar KL

PETALING JAYA – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengesahkan belum memulakan kajian kebolehlaksanaan berhubung cadangan pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Presidennya, Tan Sri Dr. Abdul Rashid Hussain berkata, setakat ini pihak universiti hanya diarahkan untuk menjalankan kajian akademik dan belum membuat sebarang keputusan berkaitan perkara itu.

“Kita hanya diarahkan untuk buat kajian akademik dan kita tidak buat sebarang keputusan berkenaan perkara ini. Kita masih memerlukan pengesahan daripada pihak yang melantik kita, apa sebenarnya yang mereka hendak daripada kajian yang kami nak buat ini,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Menurut beliau, penjelasan lanjut daripada pihak pelantik amat diperlukan sebelum kajian itu dapat dimulakan secara rasmi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, penyelidikan itu dijangka melibatkan pelbagai disiplin dan tidak akan dilaksanakan oleh satu jabatan sahaja, memandangkan isu tersebut mempunyai implikasi luas terhadap tadbir urus bandar dan sistem pentadbiran.

Awal bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan berkata, kajian kebolehlaksanaan itu telah dimulakan oleh UIAM sejak Disember tahun lalu ketika kementerian berkenaan diterajui Dr. Zaliha Mustafa.

Bagaimanapun, Yeoh menegaskan adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai kajian tersebut yang masih berada pada peringkat awal.

Beliau sebelum ini turut menyatakan, kajian menyeluruh perlu dijalankan terhadap cadangan mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur susulan bantahan beberapa pihak.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada 2023, DAP Wilayah Persekutuan pernah menggesa kerajaan mengembalikan semula pilihan raya di peringkat bandar raya Kuala Lumpur, namun cadangan itu mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk pimpinan UMNO dan Pas.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *