Deepavali: Aliran trafik terkawal, kenderaan bertambah di lebuh raya utama pagi ini

Memandu dalam keadaan letih antara 6 kesalahan utama kena tindakan tegas Op Selamat 25 – KPN

SUNGAI BULOH – Memandu dalam keadaan letih adalah antara enam kesalahan utama yang akan dikenakan tindakan penguatkuasaan tegas tanpa kompromi sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 25 selama enam hari dari 15-20 Februari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, kesalahan lain ialah memandu melebihi had laju, memotong secara berbahaya, menggunakan telefon bimbit, melanggar lampu isyarat dan menggunakan lorong kecemasan.

Menurutnya, polis menyasarkan pengurangan kadar kemalangan jalan raya dan jumlah kematian sekurang-kurangnya lima peratus sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 25 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Unjuran menunjukkan lebih 2.8 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh raya utama di seluruh negara sepanjang musim perayaan ini dan peningkatan trafik, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

“Kita menjangkakan pertambahan aliran trafik kerana sambutan Tahun Baharu Cina dan permulaan Ramadan.

“Matlamat utama kita jelas, iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, kemalangan maut dan jumlah kematian sekurang-kurangnya lima peratus berbanding Ops Selamat sebelumnya,” katanya dalam teks sempena Majlis Pelancaran Ops Selamat 25 di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Bagi melancarkan aliran trafik, beliau berkata, sebanyak 32 lokasi smart lane akan diaktifkan di lokasi strategik dan pengguna dinasihatkan supaya peka dengan papan tanda sebelum menggunakan lorong itu.

Selain itu, Mohd Khalid berkata, PDRM turut memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah pecah rumah dengan menggerakkan 6,543 anggota membabitkan 2,670 unit kenderaan peronda (MPV) dan 1,800 unit motosikal (URB) sepanjang tempoh itu.

Rondaan 24 jam secara syif akan merangkumi 1,129 kawasan rondaan di seluruh negara dengan fokus di lokasi hot spot yang dikenal pasti melalui Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS).

“Berdasarkan analisis SPBS, sebanyak 3,148 kawasan tumpuan dikenal pasti di seluruh kontinjen dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 764 kawasan diikuti Kuala Lumpur sebanyak 446 kawasan,” katanya.

Mohd Khalid menasihatkan orang ramai yang pulang ke kampung melaporkan pergerakan melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) atau balai polis berhampiran bagi memudahkan perancangan penugasan rondaan oleh polis.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *