KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, yakin bekalan ayam dan telur di pasaran tempatan mencukupi menjelang Ramadan bulan depan.
Bagaimanapun, beliau mengakui beberapa risiko, termasuk penyeludupan masih berpotensi menjejaskan kestabilan bekalan.
“Data semasa menunjukkan bekalan agak stabil, tetapi kita tidak boleh alpa kerana faktor seperti penyeludupan boleh menggugat pasaran,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menekankan perlunya kerjasama semua pihak dan kementerian berkaitan untuk mengawal isu ini termasuk isu import yang turut menjadi perhatian.
Menurut Mohamad, kerajaan sentiasa memastikan import ayam seimbang dengan pengeluaran tempatan bagi melindungi pendapatan penternak kecil dan sederhana.
Selain itu, kementerian menggalakkan penternak kecil menggunakan bahan makanan alternatif bagi ayam, termasuk isi rong sawit, larva Black Soldier Fly dan jagung bijirin tempatan.
Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian.
“Sehingga kini, sebanyak 15 syarikat terlibat dalam projek penanaman jagung bijirin tempatan dengan bantuan kewangan dan logistik dari kerajaan,” katanya.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Beliau turut menegaskan, transformasi penternakan ke reban tertutup masih berjalan secara berperingkat, mengambil kira tahap kesiapsiagaan penternak dari segi infrastruktur dan logistik.
“Sehingga Disember 2025, sebanyak 19 pembiayaan subsektor ternakan diluluskan bernilai RM62.7 juta, namun tiada subsidi khusus disediakan bagi transformasi kepada reban tertutup.
“Langkah ini menunjukkan kerajaan cuba menyeimbangkan keperluan pasaran dengan kebajikan penternak kecil, tetapi cabaran kos, logistik dan penyeludupan tetap menjadi isu yang perlu ditangani bagi memastikan bekalan ayam dan telur benar-benar stabil menjelang bulan puasa,” ujarnya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
