5 mayat ditemui susulan motorbot hilang di selatan Filipina

MANILA – Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Sabtu mengumumkan penemuan lima mayat daripada sebuah motorbot rekreasi yang dilaporkan hilang awal minggu ini di perairan wilayah Davao Oriental, selatan Filipina, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan Pengawal Pantai Daerah Tenggara Mindanao, mayat-mayat berkenaan ditemukan di lokasi berasingan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, dengan satu daripada mayat itu dikesan melalui pesawat pengawasan udara pada pagi Sabtu.

Terdahulu, sebuah bot nelayan menemukan empat lagi mayat pada jarak kira-kira 100 km dari pantai Bandar Sarangani.

Pada Selasa, PCG mengumumkan bahawa pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang kru lelaki daripada kapal yang hilang itu selepas mangsa bertahan selama hampir dua hari di laut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Motorbot itu, yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai bot rekreasi, membawa empat kru dan 11 penumpang.

Ia dilaporkan hilang pada Isnin, sekali gus mendorong pengawal pantai mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ke kawasan terakhir bot itu kelihatan.

Pihak berkuasa berkata operasi pencarian masih diteruskan bagi mengesan baki sembilan lagi penumpang dan kru yang masih hilang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *