SPRM cekup Tan Sri: Skandal pelaburan haram, pelabur lesap lebih RM300 juta

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang individu bergelar Tan Sri yang disyaki menjadi dalang penipuan pelaburan berskala besar sehingga menyebabkan pelabur kerugian melebihi RM300 juta sejak dua tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mendedahkan lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan di pejabat SPRM semalam sebelum Mahkamah Putrajaya meluluskan perintah reman selama empat hari bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

Skandal ini turut membabitkan seorang wanita berusia 50-an, ahli lembaga pengarah sebuah syarikat pelaburan, yang ditahan lebih awal kerana dipercayai bersekongkol dalam penipuan terancang yang mensasarkan pelabur awam.

“Kes ini melibatkan kerugian ratusan juta ringgit. Anggaran awal menunjukkan jumlah kerugian melebihi RM300 juta, dipercayai dikutip melalui pelbagai skim pelaburan dengan janji pulangan luar biasa,” katanya.

Menurut Azam, modus operandi suspek adalah memperdaya pelabur dengan tawaran keuntungan lumayan yang akhirnya membawa kepada kehancuran kewangan mangsa.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan mencurigakan, khususnya yang menjanjikan pulangan tinggi tanpa risiko, kerana kesannya bukan sahaja memusnahkan simpanan hidup tetapi turut memberi implikasi jenayah serius.

Kenyataan itu dibuat ketika Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media di Kota Bharu, menurut laporan Harian Metro.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *