Helikopter persiaran hilang disahkan terhempas di barat daya Jepun

KUMAMOTO (Jepun) – Serpihan yang ditemukan dalam kawah gunung berapi di Gunung Aso, Wilayah Kumamoto di barat daya Jepun, disahkan milik helikopter persiaran yang dilaporkan hilang kelmarin.

Laporan agensi berita Kyodo memetik kenyataan Kementerian Pengangkutan menyatakan polis tempatan dan anggota bomba sedang meneruskan operasi mencari tiga individu yang berada dalam helikopter malang itu.

Helikopter persiaran itu dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita dari Taiwan, serta seorang juruterbang warga Jepun.

Pengarah Cawangan Fukuoka bagi Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Osaka, Chen Ming-jun, tiba di lokasi kejadian semalam dan menyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak Presiden Taiwan, Lai Ching-te.

Menurut hantaran itu, keluarga penumpang warga Taiwan berkenaan tiba di Kumamoto pada sebelah petang.

Helikopter itu dilaporkan hilang ketika penerbangan yang sepatutnya mengambil masa 10 minit, selepas berlepas pada Selasa lalu dari sebuah zoo di Bandar Aso.

Objek yang mengalami kerosakan teruk menyerupai badan helikopter ditemukan lewat hari berkenaan di lereng dalam kawah Gunung Nakadake, iaitu satu daripada lima puncak yang membentuk Gunung Aso.

Presiden pengendali helikopter itu, Takumi Enterprise yang berpangkalan di Okayama, Takumi Morioka, dalam satu sidang media di Aso berkata, beliau mendoakan keselamatan mereka yang berada dalam pesawat itu.

“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *