RIYADH – Karim Benzema menyumbat hatrik pada separuh masa pertama bagi memastikan Al-Ittihad meneruskan momentum cemerlang apabila membelasah Al-Kholood 4-0, sekali gus merakam kemenangan kelima berturut-turut dalam Liga Pro Saudi, awal pagi tadi.
Bekas penyerang Real Madrid itu membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-13 selepas kapten Al-Kholood, William Troost-Ekong dilayangkan kad merah pada awal perlawanan.
Benzema kemudian menambah gol kedua pada minit ke-28 sebelum melengkapkan hatrik keduanya musim ini menjelang rehat, menyempurnakan hantaran leret Moussa Diaby.
Pemain gantian Saleh Al-Shehri melengkapkan malam gemilang skuad kendalian Sergio Conceicao dengan jaringan keempat enam minit sebelum tamat perlawanan.
Juara bertahan, Al-Ittihad kini menghuni tangga kelima liga dengan 26 mata, ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Al-Hilal.
Al-Kholood pula kekal di kedudukan ke-12 dengan mengumpul 12 mata. – REUTERS
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L