PETALING JAYA – Hektar Asset Management Sdn. Bhd., Pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) telah meningkatkan komitmennya dalam Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui dua inisiatif kesukarelawanan yang dipimpin kakitangan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) yang terpilih.
Program yang diadakan bulan lepas dengan 25 pekerja Hektar Kechara Soup Kitchen itu melibatkan aktiviti membantu menyedia, membungkus dan mengedarkan 365 set hidangan panas untuk membantu individu dan keluarga memerlukan di seluruh Jalan Imbi, Medan Tuanku dan Pudu.

Acara lain melibatkan pasukan Hektar dan My Clean Beach pula adalah membersih dan melindungi pesisir pantai Kuala Selangor yang mana kumpulan ini berjaya mengumpul sisa seberat 498.50 kg.
Usaha berpasukan itu dapat mengasingkan dan membahagikan sisa yang dikumpulkan.
Pembersihan ini mendedahkan gambaran jelas pencemaran marin, dengan sisa dikumpulkan melibatkan 292.4 kg sisa umum, 134.1 kg plastik, 40 kg barang besar dibuang, 24 kg timah dan logam serta lapan kilogram kaca.

Aktiviti ini bukan sahaja menambah baik keadaan pantai, tetapi juga mengukuhkan kepentingan pengurusan sisa yang bertanggungjawab dan pilihan harian yang mempengaruhi ekosistem marin.
Melalui penyertaan secara langsung, sukarelawan memperoleh penghargaan lebih tinggi terhadap peranan individu dan organisasi dalam melindungi alam sekitar semula jadi.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management, Zainal Iskandar berkata, di Hektar REIT, komitmen kemampanan syarikat melangkaui aset sedia ada dan ia juga mengenai menunjukkan sokongan kepada komuniti.

“Saya berbangga dengan pasukan kami kerana melangkah ke hadapan dengan empati dan tujuan, dan kami akan terus membina budaya di mana penglibatan komuniti adalah sebahagian daripada cara kami beroperasi dan berkembang.
“Inisiatif bulan Disember lalu merupakan sebahagian daripada agenda alam sekitar dan sosial Hektar REIT yang lebih luas, yang diterajui oleh program praktikal yang menggalakkan penyertaan pekerja, mengukuhkan perkongsian komuniti, dan memberikan hasil yang ketara,” katanya.
Melangkah ke hadapan, Hektar REIT kekal komited untuk memajukan inisiatif yang menyokong komuniti lebih kukuh dan persekitaran lebih sihat, sambil terus menerapkan kemampanan ke dalam operasi harian dan keutamaan jangka panjangnya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L