Lelaki maut, isteri dan anak parah motosikal hilang kawalan dikejar anjing

KLUANG – Seorang penunggang motosikal maut manakala isteri dan bayinya parah apabila motosikal mereka merempuh sebuah lori selepas dikejar seekor anjing di Jalan Empangan, Taman Murni Jaya, Machap, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan berlaku pada 7.30 malam semasa pasangan suami isteri berusia 28 tahun dan bayi lelaki setahun itu dalam perjalanan dari arah Tasik Machap ke kawasan perumahan.

“Motosikal jenis Benelli TNT300 ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan apabila dikejar anjing dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang diletakkan di kanan bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, isteri dan anak mangsa cedera parah pada kepala dan dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, ujian air kencing pemandu lori berusia 42 tahun negatif dadah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *