TEROWONG bawah tanah paling dalam di Malaysia ialah Terowong SMART yang terletak kira-kira 20 meter di bawah paras laut.
Ia merupakan terowong pertama di dunia yang berfungsi sebagai laluan kenderaan dan saliran air hujan apabila diperlukan.
Namun, kedalaman Terowong SMART tidak setanding dengan projek Rogaland Fastforbindelse (Rogfast) yang sedang dibina di Norway.
Rogfast apabila siap kelak akan menjadi terowong bawah laut untuk kenderaan paling dalam di dunia, terletak 390 meter di bawah paras laut. Ia juga akan menjadi terowong terpanjang dunia dengan panjang 27 kilometer.
Dua terowong masing-masing dengan dua lorong sedang dibina dan uniknya, di tengah-tengah Rogfast terdapat dua bulatan pada kedalaman 260 meter untuk membolehkan pengguna memilih tiga destinasi berbeza.
Projek ini dibina bagi menyambungkan Randaberg, Bokn dan Kvitsøy yang kini dipisahkan oleh lautan.
Penduduk yang selama ini bergantung kepada feri bakal memendekkan perjalanan sebanyak 40 minit.
Projek ini bermula pada 2018 tetapi tergendala kerana kekurangan dana. Ia sepatutnya dibuka menjelang 2025 namun kini ditangguhkan ke 2033. Kos keseluruhan projek mencecah NOK 25 bilion (kira-kira RM10.25 bilion). –Amanz
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001