Kerajaan Perlu Tegas Banteras Gejala Seksual Tidak Bermoral – Marzuki

PUTRAJAYA – Penahanan 201 lelaki di sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur baru-baru ini, yang didakwa terlibat dalam aktiviti berunsur seksual tidak bermoral, adalah suatu yang membimbangkan.

Ketua Setiausaha Sekretariat Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya, menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang serius, sekali gus mencerminkan peningkatan gejala seksual berisiko yang bertentangan dengan nilai budaya, moral dan ajaran agama di negara ini.

Menurut beliau, fenomena tersebut semakin dipengaruhi oleh lambakan kandungan tidak bermoral di media sosial, hiburan digital dan pengaruh luar yang tidak ditapis, seterusnya menormalisasikan perilaku seksual berisiko termasuk gaya hidup bebas, hubungan tidak selamat dan aktiviti yang melanggar undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan dan pihak berkuasa memperkukuh penguatkuasaan undang-undang secara tegas dan berfokus, termasuk memantau premis serta aktiviti komersial yang boleh menggalakkan perilaku tidak bermoral, selain membanteras eksploitasi seksual tanpa kompromi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam masa sama, Marzuki menegaskan keperluan tindakan pencegahan melalui pendidikan nilai, kesedaran kesihatan seksual yang bertanggungjawab dan bimbingan moral, yang menurutnya perlu diselaraskan dengan realiti cabaran semasa.

Beliau berkata, generasi muda perlu diperkasa dengan kemampuan menilai dan menolak pengaruh negatif, manakala institusi keluarga harus menjadi benteng utama dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dalam gaya hidup melampau.

Mantan Timbalan Menteri Luar ini turut menekankan keperluan memperluas program pengukuhan keluarga, pendidikan digital serta sokongan keibubapaan bagi menangani pengaruh sosial moden yang kian kompleks.

Beliau mengingatkan, usaha membendung gejala seksual tidak bermoral perlu dijalankan secara berhemah dan tidak ekstrem serta tidak sesekali menjadikan mana-mana individu sebagai sasaran kebencian.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Tindakan harus ditumpukan kepada perlakuan yang melanggar undang-undang dan norma masyarakat, bukan identiti peribadi individu.

“Saya menyarankan supaya program kaunseling, pemulihan dan intervensi psikososial diperluas bagi membimbing mereka yang terlibat kembali kepada kehidupan lebih sihat dan selaras dengan nilai masyarakat Malaysia.

Marzuki turut menggesa kerjasama lebih erat antara kementerian, agensi penguatkuasaan, institusi agama, NGO dan sektor swasta, bagi menyusun satu rangka kerja nasional yang lebih kukuh dalam menangani gejala seksual berisiko.

“Masyarakat Malaysia berhak hidup dalam suasana stabil, selamat dan bebas daripada unsur yang menggugat moral awam,” katanya, sambil menuntut kerajaan bertindak segera dan menyeluruh bagi mengekang budaya yang boleh menjejaskan struktur sosial dan kesihatan awam negara. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *