Angka korban akibat banjir di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 303

ANKARA – Banjir dan tanah runtuh di Pulau Sumatera, Indonesia mengorbankan sekurang-kurangnya 303 nyawa, manakala 279 lagi dilaporkan hilang, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) pada Sabtu.

Ketua BNPB, Suharyanto berkata, setakat ini, 166 orang terkorban di Sumatera Utara dengan 143 lagi masih hilang, menurut laporan Kompas TV.

Sementara itu, 47 kematian dan 51 orang dilaporkan hilang di Aceh, manakala 90 orang lagi disahkan meninggal dunia di Sumatera Barat.

Suharyanto berkata, Sumatera Utara merupakan wilayah paling terjejas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Memasuki hari keempat operasi, usaha mencari dan menyelamat masih berdepan cabaran akibat bentuk muka bumi, jalan akses yang rosak serta cuaca buruk.

Banyak kawasan terjejas masih belum dapat diakses dan pihak berkuasa bimbang angka korban bertambah.

“Terdapat lokasi-lokasi yang masih belum dapat kita capai, dan petunjuk mengenai kemungkinan mangsa tambahan agak tinggi,” katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat kini beroperasi di darat dan udara, namun keadaan geografi yang sukar menyekat penggunaan jentera berat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pegawai turut menggesa kerajaan wilayah untuk mempercepat penubuhan pos perubatan dan dapur awam di pusat pemindahan paling sibuk. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *