Albert Tei, Shamsul Dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk Permohonan Reman

PUTRAJAYA – Ahli perniagaan Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya sekitar jam 9 pagi ini untuk proses permohonan reman yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua mereka tiba dengan van SPRM dan kelihatan berbaju lokap oren, diiringi beberapa pegawai suruhanjaya tersebut ketika memasuki pekarangan mahkamah.

Ketika keluar dari kenderaan, Albert Tei sempat melaungkan kenyataan lantang: “Inilah akibatnya. Siapa rakyat Malaysia yang berani nak kenalkan salah laku pemimpin tertinggi?”

Sehingga kini, pihak media tidak diberikan akses untuk berada di dalam ruang mahkamah bagi mengikuti prosiding reman.

Khamis lalu media melaporkan, Shamsul Iskandar antara salah seorang daripada tiga individu yang ditahan SPRM berhubung siasatan berkaitan dakwaan rasuah.

Dua lagi yang ditahan ialah Tei dan seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini memaklumkan permohonan reman terhadap kedua-dua lelaki itu dijadualkan berlangsung di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *