GHS Holdings terima kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR – Guan Huat Seng Holdings Berhad (GHS Holdings) memaklumkan telah menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia berhubung penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Securities.

Pengedar dan pengeluar produk makanan berperisa dari Melaka berkata, ia yakin dapat menarik banyak dana pelabur tempatan dengan pengalaman luas lebih empat dekad.

GHS Holdings, melalui anak syarikatnya Guan Huat Seng (Heng Kee) Sdn. Bhd. dan GHS Food Industries Sdn. Bhd. telah membina asas yang kukuh dalam pengedaran dan peruncitan produk makanan termasuk makanan laut yang tahan lama dan beku, produk perisa, makanan kering dan snek serta produk runcit am.

Kumpulan ini memegang pensijilan HACCP dan MeSTI untuk pengeluaran, antara lain, sos, pes dan serbuk perasa kering serta pensijilan Halal untuk produk perisa buatan dalamannya.

Pengarah Urusan Guan Huat Seng Holdings Berhad, Yeo Tien Ee berkata, pihaknya berharap dapat memulakan fasa seterusnya dalam perjalanan korporat melalui IPO, satu perkembangan ke arah meningkatkan profil korporat.

“IPO ini akan menyediakan platform untuk meningkatkan kedudukan syarikat dan meningkatkan kesedaran pasaran terhadap produk bagi membantu mengembangkan asas pelanggan kami dan mengukuhkan kedudukan sebagai pengedar makanan yang komprehensif dan penyedia bahan makanan sehenti yang disokong oleh pelbagai produk dalaman yang dijual di bawah jenama kami sendiri termasuk “Heng’s”, “Makbest”, “SunCity”, “McCann”, “OceanStars”, “Sky Chef”, “GHSHK” dan “Cai Yan, jenama pihak ketiga dan tanpa jenama,” katanya.

IPO yang diterbitkan itu melibatkan terbitan awam sebanyak 120 juta saham biasa baharu yang mewakili kira-kira 25.34 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar sebanyak 473.50 juta saham.

Manakala tawaran jualan sebanyak 21 juta saham sedia ada, mewakili kira-kira 4.44 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar sebanyak 473.50 juta saham, seperti berikut:

Hasil daripada IPO ini akan digunakan terutamanya untuk menubuhkan Kompleks Bersepadu Baharu dan Kemudahan Krubong Baharu di Melaka, di samping modal kerja, perbelanjaan pemasaran dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

TA Securities Holdings Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk IPO ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *